Saturday 19 May 2012

Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.

Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya bekalan elektrik terputus dan lif tidak berfungsi….

si A : Macamana ni…rumah kita lak atas sekali?

si B : Aduhhhh…bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje…kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik

si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak…kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa…biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60.

si A mula bercerita….

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku…aku membesar
tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku….bla bla bla bla bla…..Punya la sedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh leleh…sedar tak sedar mereka dah
sampai kat tingkat 20.

Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata…kemudian mereka kembali memanjat sambil si B pula bercerita….

si B : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu
bapaku meninggal dalam kemalangan jalanraya…aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik
beradik seramai 4 orang… bla bla bla bla……

Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih….punyalah lama cerita si B dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat aje lagi… sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 56, si C mula menyampuk

si C : Alaaaaaa…korang punya cerita tak sedih lagi…cerita aku lagi
sedihhhh punya.

si A : kau ada sejarah hidup sedih juga ke…?

si C : emmmm…mungkin hari ini dalam sejarah…

si B : cerita aje le…kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

si C : aku sedih kerana…KUNCI RUMAH KITA AKU TERTINGGAL DALAM KERETA….
UWAAAAAAAAAAAAAAA
Azwan merupakan seorang budak kecil yang baru berusia 5 tahun. Dia mempunyai masalah pada pundi kencingnya yang tidak boleh menahan kencing dalam jangka masa yang lama. Dia sering menjerit kepada ibunya jika berasa ingin terkencing tidak kira di pusat membeli-belah, pasar malam, taman permainan atau dimana sahaja dia berada.

Ini membuatkan ibunya berasa agak malu kerana perangai anaknya yang suka menjerit ketika berasa hendak kencing. Ibunya pun berfikir bagaimana untuk menyelesaikan masalah anaknya itu. Lalu Ibunya pun mendapat idea dan berkata kepada Azwan.

“Wan, Kalau Wan hendak kencing, jangan cakap hendak kencing tau..Wan cakap hendak nyanyi..”

Azwan mengangguk tanda paham. Semenjak dari hari itu, Azwan akan berkata kepada ibunya bahawa dia ingin menyanyi jika dia berasa ingin terkencing. Sehinggalah pada suatu hari, ibunya terpaksa menghantar Azwan ke rumah neneknya di kampung kerana tidak dapat menjaga Azwan akibat terpaksa bertugas di Sarawak selama seminggu.

Azwan merupakan seorang budak yang sangat aktif. Maka neneknya terpaksa melayan karenah Azwan yang tidak habis-habis ingin bermain tidak kira siang atau pun malam. Setelah penat melayan karenah cucunya itu, neneknya pun memanggil Azwan untuk masuk tidur kerana jam sudah pun menunjukkan pukul 10 malam.

Azwan tidur bersama-sama neneknya kerana masih lagi takut untuk tidur bersendirian. Dua jam kemudian, Azwan mengejut neneknya kerana berasa ingin terkencing. Lalu Azwan pun berkata kepada neneknya..

“Nek..nek, Wan nak nyanyi la…”

Neneknya yang terjaga dari tidur pun berkata.

“Tidur la..tak kan dah lewat malam macam ni pun nak nyanyi lagi..nanti jiran sebelah rumah tu marah sebab Wan buat bising…esok pagi je la.”

Azwan yang tidak tahan hendak terkencing itu pun berkata lagi kepada neneknya.

“Nek…Wan nak nyanyi ni….”

Akibat terlampau penat sangat melayan karenah cucnya itu, neneknya pun berkata..

“Hm…..ye la..tapi Wan nyanyi perlahan-lahan kat telinga nenek ni ye…”
Seorang pencuri sangat pakar merompak bank di mana kepakaran utamanya adalah memecahkan kod rahsia pintu lemari besi. Ia selalu bekerja sendiri tanpa dibantu anak buah atau asistennya. Suatu ketika, ketika di tengah malam dia memasuki sebuah bank yang baru 1 minggu dibuka / dirasmikan. Sebuah lemari penyimpanan dengan nombor rahsia yang paling canggih berhasil dibukanya. Namun ia sedikit hairan kerana di sana tidak terdapat wang sama sekali, melainkan cawan-cawan berisikan puding warna susu. Ruangannya pun dingin sekali. Akhirnya ia memutuskan untuk memakan puding- puding tersebut sebelum membuka lemari besi lainnya. Kerana lapar ia habiskan semua puding di lemari besi pertama.

Lemari besi kedua berhasil dibuka, sekali lagi ia terjumpa puding dalam cawan-cawan plastik. Seluruh lemari ada 5 unit, dan kesemuanya berisi puding, dan ia menghabiskan banyak sekali puding. Namun ia dengan kekenyangan pulang ke rumah dan masih agak heran, kenapa bank itu tidak menyimpan wang sama sekali. Atau mereka memang sudah mengetahuinya akan dicuri? Aah biarlah yang penting aku kenyang serunya.

Keesokan paginya dengan setengah mengantuk ia terbangun kerena suara penghantar surat khabar memasukkan surat khabar ke dalam rumahnya melalui celah jendelanya. Sambil menguap dia membuka surat khabar dan terpaku melihat Head Line di halaman pertama dengan judul bertuliskan dengan huruf yang besar -besar.

"BANK SPERMA DIROMPAK"
Sepasang pengantin baru sedang bersiap menikmati malam pertama mereka.Pengantin perempuan berkata,“Bang, saya masih anak dara dan tidak tahu apa-apa tentang seks. Boleh abang menerangkannya lebih dulu sebelum kita melakukannya?”

“Seks itu senang je., kita ni macam penjara, yang engkau punya tu selnya dan yang abang punya penjahatnya. Di penjara, penjahat harus dimasukkan ke dalam sel,” terang pengantin lelaki. Lalu mereka pun mulai bercumbu mengarungi lautan asmara .

Ketika sudah selesai dan si pengantin lelaki sedang berbaring akan memejamkan mata, si pengantin perempuan berkata,“Bang, penjahatnya terlepas.”

Pengantin lelaki pun mulai lagi memasukkan ‘penjahatnya’. Rupanya si pengantin perempuan syok sangat dengan hubungan asmara yang baru pertama ini ia rasakan. Setiap kali selesai, ia selalu mengatakan bahwa penjahatnya lepas atau melarikan diri, keluar dari selnya.

Setelah banyak kali macam tu, si pengantin lelaki dengan nafas termengah-mengah berkata,“Yang, penjahat yang ini bukannya kena hukuman penjara seumur hidup.
hadiah hari guru
Maka tersebutlah kisah memurid tahun 6 purple menyambut hari guru. Masing-masing berebut-rebut nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan mereka... Ms. Choo (kira-kiranya cikgu mithali le nie). Bila lonceng berbunyi dan waktu Bahasa Inggeris tamat.. maka beraturlah memurid tahun 6 purple nak bagi hadiah buat guru kesayangan mereka nie.

Dari kad berukuran biasa hinggalah kepada kad yang sebesar gajah... ada yang bagi hadiah... selepas bagi hadiah/kad masing-masing mengucup pipi Ms. Choo sambil mengucapkan Selamat Hari Guru.

Maka tibalah giliran Anita Mui, si ketua kelas... dengan kotak hadiahnya yang bersaiz besar... lain dari yang lain... beriben merah cantik bungkusannya ... dengan senyum simpulnya si Anita Mui meminta Ms. Choo meneka apa yang dihadiahkannya... Maka jenuhlah si Ms. Choo meneka dari kek sampailah kepada lampu tidur... semuanya disambut dengan geleng kepala oleh si Anita Mui tadi.

Tiba-tiba adalah cecair yang meleleh dan menitis dari bucu kotak tu.. Ms. Choo segera menyambut titisan cecair tu dan memasukkan ke dalam mulutnya dan merasa...."Hummm... masam, Cikgu dah tau dah... kamu hadiahkan cikgu Jeruk Pelam yeak... cikgu suka jeruk pelam tau".

"...Errrrr...sebenarnya cikgu...saya hadiahkan anak KUCING ....."
Kisah benar....bacelahh sampai habisss....

Kisah benar....bacelahh sampai habisss.... Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah danJamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya. selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi. Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri... muahahahahahahahhahaha....isk isk isk..... nennooo nennooo..neenooo..nenoooo.. phewiiittttt tebabooooooooooo.. aku pening....... aku sindirik naik fening menterjemahkan semua nih..bengang sehhh...!!
Kontraktor rumah : Ambo nok mitak kelulusan buat rumoh, lagu mano gak caro dia?
Pegawai Bangunan : Lagu ni..., mulo-mulo wat pele (pelan) dulu.
Kontraktor rumah : Pele? Ambo ado doh!
Pegawai bangunan : Mano? Kalu ado wat tubik lah, kawe nok tengok.
Kontraktor rumah : Errrr! Tak leh! Tak Leh!
Pegawai Bangunan : Bak po tak lehnyo!, cepatlah wat tubik!
Kontraktor rumah : Kalu tak tengok tak leh ko?
Pegawai Bangunan : Tok leh la!!! kawe nak luluh rano, kalu kawe tak tengok!
Kontraktor rumah : Eh! Ambo ghoyat doh, ambo malu nak tunjok.
Pegawai Bangunan : Malu bakpo pulak? Pah tu bawok pele wat gapo kalu tak sir tunjok?
Kontraktor rumah : Ehhh! malulah nak tunjok , pele ambo kecik!
Pegawai Bangunan : Laa! Kecik pun tak apo, kalu cukup syarat! Kalu tak tunjok, kawe nak sain luluh lagu mano?
Kontraktor rumah : Nak wat tubik nak tunjok kat mano?, orghe ramai ni! Malu ambo! Malu weh!
Pegawai bangunan : La!, tak apo! Nak malu ko gapo! Wat tubik letak atas meja kaunter ni pun buleh! Cepatlah! kawe ado khijo lain lagi nih! Sibuk benar ni! Kena paham la!
Kontraktor rumah : hoh! Ambo wak tubik dah ni ! Cepatla... tengok!
Pegawai Bangunan : Laaa!(terkejut), buke pele ni!
Kontraktor rumah : Tu la!, ambo ghoyak doh tadi kan? Pele ambo kecik! demo nok tengok jugak!
Pegawai Bangunan : Laaaaaa! Buke pasal kecik besarnyo!, maksud kawe Pele Bangune (Pelan Bangunan).
Kontraktor rumah : La! Ambo ingat pele nie! Kalu pele bangune, ado la dale beg nie! Tak ghoyak pun pele bangune!. Mano ambo tahu!
Pegawai Bangunan : Kawe ingat demo paham! Hok dok mari doh pun tak penah jadi lagu nie! Demo dok mano?
Kontraktor rumah : Gua Muse!